Covid-19: Kes positif naik mendadak di India
Iklan
NEW DELHI- India merekodkan jumlah kes Covid-19 harian tertinggi pada Ahad selepas negara itu melepasi angka jangkitan 1 juta minggu ini.
Sebanyak 38,902 kes baharu Covid-19 direkod menjadikan jumlah keseluruhan 1.07 juta kes.
Kementerian Kesihatan India melaporkan 543 kes kematian dalam tempoh 24 jam dengan keseluruhan 26,816 kes.