AIM terus cetuskan kontroversi

Iklan
AIM

SHAH ALAM - Belum pun reda dengan kontroversi pelantikan isteri kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Junaidah Kiting sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Badan amanah persendirian milik kerajaan itu sekali lagi didakwa terpalit dengan isu budaya kronisme apabila anak kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad iaitu Nurul Iman, turut dilantik sebagai Ahli Lembaga AIM.

Iklan
Iklan

Terdahulu, kerajaan PH di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik pedas oleh pelbagai pihak apabila melantik Junaidah mengetuai organisasi berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Junaidah nafi dilantik Pengerusi AIM kerana kronisme]

Iklan

Ini kerana, ia jelas bertentangan dengan perjuangan asal PH yang ingin menghapuskan kronisme dan amalan nepotisme selepas mengambil alih pentadbiran negara tahun lalu.

Keadaan kembali panas hari ini, apabila pemilik akaun Twitter, Kekanda Malaya mendedahkan anak kepada salah seorang menteri Kabinet turut dilantik menganggotai AIM.

Iklan

"Ramai tahu Pengerusi AIM, Junaidah Kiting adalah isteri kepada Abu Bakar. Setiausaha Politik YAB PM.

"Tapi berapa ramai yang sudah tahun Nurul Iman Dzulkefly, Ahli Lembaga AIM adalah anak kepada Menteri Kesihatan?,” katanya.

AIM ditubuhkan untuk membantu meningkatkan sosio ekonomi serta membasmi kemiskinan rakyat menerusi perniagaan dan keusahawanan.