Jawatan Pengerusi Bersatu bukan bersifat eksekutif

Iklan
Exco Pendidikan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.

SHAH ALAM - Jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan bersifat eksekutif walaupun parti itu berinstitusikan sistem Pengerusi.

Exco Pendidikan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, kuasa mutlak masih tertakluk kepada Presiden dan ahli mesyuarat pimpinan tertinggi dalam memacu hala tuju parti.

Iklan
Iklan

"Dalam situasi semasa, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi ahli parti setelah terbatalnya keahlian beliau. Termasuk jika menilai membawa hal parti ke mahkamah, secara jelas dalam perlembagaan Bersatu terbatal keahlian.

"Isu ini mungkin akan dibawa pada perhimpunan agung tahunan akan datang. Jika ahli sebulat suara setuju, Insya-ALLAH ia akan menjadi ketetapan parti,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus kemungkinan perwakilan akan mengemukakan usul menggugurkan jawatan Pengerusi daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada perhimpunan agung tahunan parti itu yang berlangsung pada September ini.

Jawatan Pengerusi sebelum ini disandang Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum beliau mengundurkan diri dengan meletak jawatan pada 24 Februari lalu.

Iklan

Susulan itu, Tan Sri Muhyiddin selaku Presiden parti memangku jawatan Pengerusi sehingga selesai pemilihan MPT yang baharu pada 22 Ogos depan.

Sementara itu, Mohd Ashraf enggan mengulas lanjut mengenai desas-desus berkenaan kerana menyifatkan ia hanya sebagai satu khabar angin.