Wakil rakyat perlu bela nasib pekerja tempatan

Iklan
J Solomon

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengharapkan agar wakil rakyat di Malaysia tidak lagi berpolitik berlebihan di dalam dan luar Parlimen.

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon sebaliknya berkata, wakil rakyat perlu membela pekerja dengan melakukan pelarasan gaji minimum bagi mencerminkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan realiti kos kehidupan yang semakin mencabar.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sehingga kini MTUC masih tidak nampak sebarang komitmen oleh kerajaan dalam menyelaraskan gaji minimum dengan PGK.Menurutnya, langkah terbaik yang boleh dilaksanakan kerajaan adalah dengan mengurangkan kebergantungan berlebihan majikan terhadap pekerja migran bergaji rendah.

"Tindakan majikan terus-menerus menggunakan buruh migran dengan gaji minimum atau lebih sedikit akan menggagalkan usaha menggunakan pekerja tempatan yang boleh diberikan gaji lebih tinggi dengan meningkatkan kemahiran mereka menerusi latihan.

Iklan

"Selagi warga asing diambil bekerja dengan upah yang rendah, maka usaha kerajaan untuk mendorong majikan beralih kepada automasi dan meningkatkan latihan kemahiran dalam kalangan pekerja juga akan gagal,” katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.

Beliau mengulas kadar upah pekerja di Malaysia yang disifatkan rendah berbanding negara maju.

Iklan

Solomon berkata, kerajaan perlu mempunyai iltizam untuk mendapatkan komitmen daripada majikan bagi memperbaiki ganjaran pekerja.

"Kerajaan juga perlu tetapkan gaji minimum yang selari dengan PGK. Keadaan itu secara tidak langsung memaksa majikan memberikan upah lebih adil kepada pekerja sama ada migran atau pekerja tempatan,” katanya.