Pemantauan dua lagi kluster Covid-19 ditamatkan
Iklan
KUALA LUMPUR - Dua lagi kluster Covid-19 iaitu, Kluster warga emas Kuala Selangor dan Kluster Labu Lanjut, Sepang ditamatkan tempoh pemantauan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas 28 hari tiada rekod kes positif baharu dicatatkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook beliau hari ini berkata, dengan penamatan dua kluster berkenaan, jumlah kluster tamat setakat ini ialah sebanyak 62 kluster.