127 jemaah tabligh terkandas di India dibawa pulang

Iklan
Petugas KKM memeriksa suhu badan jemaah Tabligh sebelum dikuarantinkan sebagai langkah mencegah penularan COVID-19. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Seramai 127 jemaah tabligh yang terkandas di India sejak Januari lalu akibat wabak Covid-19 akan dibawa pulang dalam Misi Kemanusiaan dari New Delhi.

Kesemua jemaah tersebut menaiki pesawat Malindo Air dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 3.50 pagi esok.

Iklan
Iklan

Sebaik tiba, mereka akan disaring di pintu masuk sebelum dihantar ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Nilai dan sebahagiannya di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) yang terletak di Bangi bagi menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytiharkan Perhimpunan Sri Petaling yang melibatkan 16,500 jemaah tabligh merupakan kluster Covid-19 terbesar di negara ini.

Iklan

Kluster itu dikesan pada 11 Mac lalu telah mengakibatkan 3,375 kes telah dilaporkan positif daripada 42,023 yang disaring.

Ia juga telah mencetuskan 17 subkluster di bawah kluster di bawahnya melibatkan tujuh negeri.

Iklan

Sebanyak 34 kematian berkaitan Covid-19 dalam kluster ini dilaporkan.

Bagaimanapun, kluster tersebut diisytihar tamat pada 8 Julai lalu selepas empat bulan aktif.