IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid mengesahkan telah menerima notis kekosongan kerusi DUN Slim susulan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.
Beliau berkata, notis itu diserahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Saarani Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kepadanya petang ini.