Kes cabul penuntut: Pensyarah UM digantung tugas

Iklan

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan menahan kerja ke atas seorang kakitangannya yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penuntut wanita di universiti terbabit pada 3 Jun tahun lalu.

Naib Canselornya, Abdul Rahim Hashim berkata, siasatan telah dijalankan serta-merta setelah pihaknya menerima aduan terbabit.

Iklan
Iklan

"Universiti Malaya ingin menegaskan bahawa tindakan telah diambil berkaitan kes itu iaitu pelaku ditahan kerja, dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib dan dikenakan hukuman berdasarkan Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun.

"Kami amat kesal dan prihatin terhadap kejadian yang menimpa penuntut terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid ketika dihubungi mengesahkan terdapat satu laporan yang dibuat mangsa di Balai Polis Pantai di sini semalam.

"Siasatan masih dijalankan dan polis akan memanggil pensyarah terbabit dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut," katanya.

Iklan