UMNO kritik PKR tak sabar umum letak calon di DUN Slim
Iklan
Kenyataan dimuat naik Asyraf Wajdi di laman sosial Facebook miliknya.
SHAH ALAM - Pemuda UMNO mengkritik sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kelihatan tidak sabar mahu meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim ketika jenazah penyandang kerusi itu masih belum dikebumikan.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan tindakan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang mengumumkan perkara itu seolah-olah tidak bersimpati dengan keluarga Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.
Iklan
Iklan
"Jenazah arwah Datuk Khusairi masih belum diselenggara dan dikebumikan tetapi Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada PKR ini terus membicarakan soal calon pilihan raya kecil DUN Slim.
ARTIKEL BERKAITAN: PKR Perak sedia letak calon DUN Slim
"Apakah sudah terhakis politik kemanusiaan sehingga tiada langsung sekelumit perasaan ihsan dan simpati kepada keluarga arwah yang masih bersedih atas berita kematian mengejut Datuk Khusairi," soal Asyraf Wajdi.
Iklan
Semalam, Farhash Wafa Salvador membayangkan untuk meletakkan seorang calon anak tempatan di kerusi tersebut bagi mempertahankan legasi Allahyarham dengan mencalonkan seseorang dari kawasan setempat.
Menurutnya, pihaknya akan meneruskan usaha dalam membela nasib rakyat sebagai pembangkang ketika waktu yang mencabar ini.
Iklan
Jelasnya, ketika negara mengalami krisis Covid-19 dan rakyat sedang menghadapi kemelut ekonomi, gerakan reformasi akan diteruskan.
Pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) lalu, Mohd Khusairi menang di kerusi DUN Slim menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.
Mohd Khusairi yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim menjadi ADUN Slim sejak tahun 2004 dan Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Bentong, Pahang kelmarin.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>