Kebajikan terabai: NGO mohon percepat pelantikan penyelaras

Iklan
Tajuddin

GERIK - Ketiadaan penyelaras kawasan menyebabkan kebajikan penduduk di sini terabai hinggakan peruntukan di kampung-kampung tidak dapat dinikmati oleh penduduk.

Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Anak Gerik di Perantauan (Pagar), Tajuddin Mohd Ali mendesak agar penyelaras di Parlimen Gerik segera dilantik bagi memastikan kelancaran pentadbiran di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Masalah jadi apabila penyelaras tak dilantik. Peruntukan untuk kawasan tak turun, segala perancangan pembangunan dan lain-lain dan untuk mintak bajet tiada wakil untuk bawa ke dewan.

"Makanya penduduk di kawasan tidak tahu dengan siapa harus mereka berjumpa, sama ada daripada BN, atau yang mana, kerana yang memerintah negeri dan pusat adalah kerajaan PH, kalau hendak ketemu wakil PH pula tiada penyelaras," dakwanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Justeru beliau berharap agar mana-mana pihak yang berkaitan mempercepatkan pelantikan penyelaras di kawasan yang dimenangi oleh BN.

"Lantik yang betul-betul berkelayakan dan yang jujur, amanah hendak bantu orang Gerik," katanya.

Iklan

Pada PRU14, calon BN, Datuk Hasbullah Osman menang di Parlimen Gerik menewaskan calon PKR, Ibrahim Mohd Hanafiah dan calon Pas, Mohd. Dahalan Ismail dengan majoriti 5,528 undi.

Hasbullah memperoleh 13,243 undi manakala Ibrahim (6,353) dan Mohd. Dahalan (7,715).