Dua bintang K-pop, iKON terlibat kemalangan

Iklan
Ju-ne, Jinhwan

SEOUL - Dua anggota kumpulan K-pop, iKON cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam nahas jalan raya, menurut polis Selasa.

Van yang membawa Ju-ne dan Jinhwan terbabit dalam nahas jalan raya di Namhae, wilayah Gyeongsang Selatan, pada 3.40 pagi Isnin, lapor agensi berita Yonhap.

Iklan
Iklan

Kenderaan itu dipandu kenalan mereka dan hasil siasatan mendapati pemandu berkenaan mabuk.

YG Entertainment, syarikat pengurusan iKON, mengeluarkan permohonan maaf dan berikrar akan menyiasat nahas itu.

Iklan
Iklan

iKON memulakan karier mereka pada 2015 dengan single digital"My Type" dan popular dengan lagu"Love Scenario", album kedua"Return" diterbitkan pada awal 2018. - Bernama