Bangkai kucing dibunuh kejam dihantar ke makmal
Iklan
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki bertindak kejam membunuh tiga ekor kucing dengan meletakkan haiwan itu di dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi, Ahad lalu.
PUTRAJAYA - Tiga karkas (bangkai) kucing yang dibunuh kejam di dalam mesin basuh sebuah kedai dobi di Desa Aman Puri, Kepong Ahad lalu sudah dihantar ke Makmal Veterinar Salak Tinggi, Sepang untuk bedah siasat.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menerusi satu kenyataan memaklumkan, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pegawai penyiasat JPV.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan dikeluarkan, pegawai penguat kuasa Jabatan JPV Negeri Selangor sudah menahan Orang Yang Disyaki (OYDS) pada 12.15 tengah malam kelmarin.
"Perintah reman ke atas OYDS telah diperoleh dari Mahkamah Selayang selama empat hari mulai semalam hingga Khamis ini.
Iklan
"Siasatan dijalankan di bawah Subsekyen 29 (1) (e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) iaitu dengan kejamnya menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya ke atas tiga ekor kucing,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, JPV menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes tersebut.
Iklan
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki bertindak kejam membunuh tiga ekor kucing dengan meletakkan haiwan itu di dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 pagi Ahad lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang: Beri ruang JPS lakukan penambahbaikan - Aiman Athirah
Kerja pembaikan ban yang pecah di Bukit Changgang selesai pada jam 3 petang pada Khamis, manakala kerja menambah tanah masih dilaksanakan bagi memperkukuh struktur berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja penambahbaikan di kawasan ban berkenaan susulan masalah struktur yang terjejas akibat hentaman arus deras.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806378/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-beri-ruang-jps-lakukan-penambahbaikan---aiman-athirah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T09:02:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0fw7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0fw7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0fw7y"></script>