Pameran Seni

Iklan
Pengarah Balai Seni Negara Langkawi atau NAG@Langkawi, Mohd Fairus Ismail melihat sebahagian daripada 30 karya seni visual yang dipamerkan di lokasi tersebut, hari ini. NAG@Langkawi sedang mengadakan Pameran LAVAA X yang menampilkan 30 karya seni visual oleh 17 ahli Persatuan Artis Seni Visual Langkawi (LAVAA). Pameran LAVAA X di NAG@Langkawi yang terletak di Dayang Walk Commercial Square, Kuah dibuka secara percuma kepada pengunjung setiap Selasa hingga Ahad mulai 10 pagi hingga 4 petang. - Foto Bernama