PUTRAJAYA - Dua individu direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pemalsuan dokumen bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bernilai lebih RM540,000.
Perintah reman selama enam hari sehingga 19 Julai dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim terhadap seorang lelaki berusia 36 tahun dan lima hari sehingga 18 Julai terhadap seorang wanita berumur 50 tahun selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini.