Kes positif Covid-19 di Indonesia melepasi 76,000 kes
Iklan
JAKARTA - Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia mencatatkan penambahan 1,282 kes baharu dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan menjangkau 76,981 kes setakat jam 12 tengah hari tadi waktu tempatan.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, dalam tempoh sama 50 lagi kematian baharu akibat wabak itu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian seramai 3,656 orang.