Usul Muhyiddin kosongkan jawatan Speaker berjaya

Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pertama Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Usul mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang Parlimen hari ini berjaya apabila mendapat 111 undian yang bersetuju.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon berkata, seramai 109 anggota Parlimen mengundi tidak bersetuju manakala seorang anggota Parlimen tidak hadir.