Hasnul angkat sumpah jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor

Iklan
Hasnul menandatangani surat pelantikan jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor.

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi menggantikan penyandangnya, Dr Daroyah Alwi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencadangkan pelantikan Hasnul ketika sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan tidak mendapat bantahan daripada ahli dewan.

Iklan
Iklan

Pada 13 Mac tahun lalu, Daroyah yang juga ADUN Sementa mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor bagi menggantikan ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yang dilantik menjadi Exco Kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, beliau mengumumkan untuk keluar parti pada bulan lalu dan melepaskan semua jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Iklan
Iklan

Selain itu, Daroyah menegaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti dan hanya bertindak sebagai wakil rakyat bebas yang 'mesra' Perikatan Nasional (PN).