UMK cipta alat saringan suhu tanpa sentuh
Iklan
Sistem pemeriksaan suhu tanpa sentuh yang dibangunkan UMK sebagai langkah pencegahan awal mengelak penularan Covid-19.
BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menghasilkan alat saringan suhu tanpa sentuh UMK V-Integrated Screening System (UMK-VISS) dalam usaha membendung penularan koronavirus (Covid-19).
Pengesan suhu ini dibangunkan penyelidik dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) diketuai oleh Ts Dr Sarizam Mamat.
Iklan
Iklan
Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) UMK, Dr Abdul Hafidz Yusoff berkata, UMK-VISS mampu melancarkan proses saringan suhu badan bagi kemasukan penuntut UMK yang akan memulakan pengajian semula pada Oktober 2020.
Menurutnya, sistem integrasi itu menggabungkan tiga elemen utama iaitu pengecam wajah, pemeriksaan suhu badan dan cecair pembasmi kuman automatik buatan UMK yang berpandukan piawaian dan formulasi oleh World Health Organisation (WHO).
Iklan
UMK-VISS yang dibangunkan penyelidik akan diletakkan di pintu masuk universiti itu bagi persediaan penuntut yang akan kembali meneruskan pelajaran masing-masing.
"Sebelum ini khidmat pengawal diperlukan bagi memeriksa suhu tetapi dengan penggunaan inovasi membolehkan staf hanya perlu melalui UMKVISS dan mengurangkan kontak.
"Bacaan suhu akan dipaparkan di skrin dan sekiranya melebihi 36.5 celsius, sistem akan berbunyi dan individu tidak dibenarkan masuk ke dalam UMK,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Iklan
Menurut Dr Abdul Hafidz, penggunaan sistem inovasi itu berfungsi sebagai langkah pencegahan di samping amalan jarakkan sosial, kerap membasuh tangan, pemakaian topeng muka dan menjauhi kawasan sesak yang tetap perlu diamalkan oleh semua warga UMK.
"Bagi permulaan UMK-VISS akan diuji untuk penggunaan keluar masuk staf dan penuntut di UMK dan persediaan untuk menerima kemasukan kembali kemasukan penuntut,” katanya.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.