'KL Skyline view' hadiah buat Dr Noor Hisham

Iklan
Asyreeq menunjukkan lukisan KL Skyline view untuk dihadiahkan kepada Dr Noor Hisham.

SEREMBAN - Sebuah lukisan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur dihasilkan oleh mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai mendapat perhatian selepas pelukisnya berhasrat menghadiahkannya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Asyreeq Haziq Rohaizad, 23, berkata, pemberian itu bagi menghargai jasa dan keprihatinan wira negara dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Anak jati Seremban itu berkata, dia memilih pemandangan bandar raya Kuala Lumpur kerana ia mewakili Malaysia selain mercu tanda negara ini.

@DGHisham notice tweet saya ni. Saya nak jumpa dan bagi sendiri artwork saya ni dekat beliau. Make my dream come true please! pic.twitter.com/2dR4lmuO1O

Iklan
Iklan
— Asyreeq Art Studio (@asyrqartstudio) July 9, 2020