Ringgit menyusut pada sesi dagangan awal berikutan penurunan harga minyak
Iklan
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Ringgit menyusut berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini berikutan sentimen belian bagi mata wang tempatan terjejas oleh penurunan harga minyak global.
Pada 9.06 pagi, ringgit pada paras 4.1340/1390 berbanding dolar AS daripada paras 4.1300/1350 semasa urus niaga ditutup semalam.
Iklan
Iklan
Seorang peniaga berkata harga minyak global terus mencatatkan penurunan berikutan kebimbangan dengan kelembapan ekonomi yang dijangka menjejaskan pertumbuhan permintaan terhadap bahan bakar itu, dengan itu memberi kesan terhadap harga tenaga.
"Harga minyak lebih rendah dianggap negatif kepada ringgit kerana ia akan menjejaskan perolehan minyak dan gas negara,” katanya dan menurutnya pada 8.24 pagi, niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate Amerika Syarikat turun 0.5 peratus kepada AS$52.74 setong.
Iklan
Sementara itu, ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0381/0429 daripada 3.0332/0389 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7757/7806 daripada 3.7724/7780 semalam.
Iklan
Ringgit juga lebih rendah berbanding pound British pada 5.3548/3629 daripada 5.3335/3404 semasa ditutup semalam dan menyusut berbanding euro kepada 4.6962/7027 daripada 4.6917/6982. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>