MCA sentiasa dalam 'mod bertempur', siap sedia hadapi PRU15
Iklan
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
JOHOR BAHRU - MCA sentiasa dalam ‘mod bertempur’ untuk berdepan segala kemungkinan termasuk pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.
Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, jentera di peringkat Pusat telah diarahkan untuk bersiap sedia dan menjelajah ke semua bahagian bagi tujuan itu.
Iklan
Iklan
"Setakat ini, bagi MCA Johor, daripada 26 bahagian kita telah turun berdialog dengan 23 bahagian.
"Pada masa sama, satu pasukan peringkat Pusat diketuai Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon dan naib-naib presiden menjelajah kesemua tempat dan untuk Zon Johor, beliau sendiri (Chong) turun dan telah melawat tujuh bahagian untuk meninjau persiapan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MCA Johor di sini hari ini.
Iklan
Beliau berkata, satu taklimat berhubung isu nasional dan senario politik terkini selepas penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga diberikan kepada ahli jawatankuasa MCA.
Wee berkata, persiapan menghadapi PRU perlu dilakukan segera bagi memastikan ia tidak dibuat pada saat akhir.
Iklan
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga berkata, PN tidak akan berdepan masalah dalam pembahagian kerusi pada PRU15 dan pihaknya sedia berbincang mengenai perkara tersebut.
"Kita telah lalui PRU sebanyak 14 kali, telah matang dan arif dengan sistem yang ada. Apa juga perbincangan mengenai pembahagian kerusi, ia adalah di peringkat Pusat.
"Kita sudah ada sistem iaitu berbincang, bermusyawarah dalam sama-sama mendukung perjuangan kita,” katanya.
Beliau juga yakin PN akan menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara dalam meletak calon termasuk di kerusi tradisi yang ditandingi setiap parti komponen. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>