Waspada sindiket penipuan bayaran SST guna nama LHDN
Iklan
PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengesan sindiket penipuan yang bergerak aktif dengan mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melalui surat palsu yang menggunakan nama dan logo LHDN bagi memperdayakan orang ramai.
Dalam kenyataan hari ini, LHDN berkata, surat palsu berkenaan mengandungi butiran peribadi mangsa termasuk maklumat perbankan dan amaun cukai tertunggak yang perlu dibayar serta turut dilengkapi dengan tandatangan palsu pegawai LHDN.