Bukit Mok Cun

Iklan
Pengunjung beriadah dengan memanjat Bukit Mok Cun, yang terletak di Kampung Kandis, Kodiang dalam Daerah Kubang Pasu ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini. Nama asalnya ialah Bukit Hantu, yang suatu masa lalu sepi daripada pendaki, kini menjadi tarikan orang ramai apabila Bukit Mok Cun menjanjikan satu panorama jelapang padi yang indah ketika waktu matahari naik dan waktu matahari terbenam. Ketinggian Bukit Mok Cun hanya 140 meter tetapi laluan untuk naik ke puncak sangat mencabar dan curam. - Foto Bernama