Pekerja melecur termasuk dalam tangki ammonia

Iklan
Seorang lelaki berusia 24 tahun menahan kesakitan apabila tangki simpanan larutan ammonia di sebuah kilang komponen komputer di Taman Perindustrian Cheng, Melaka.

MELAKA - Seorang pekerja kilang melecur selepas tergelincir dalam tangki simpanan larutan ammonia di sebuah kilang komponen komputer di Taman Perindustrian Cheng, di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi apabila lelaki berusia 24 tahun itu sedang melakukan kerja-kerja pembancuhan bahan kimia tersebut.

Iklan
Iklan

Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, mangsa melecur pada kaki sehingga paras peha apabila tergelincir ke dalam bahan kimia yang mempunyai tahap kepanasan bahan 93 peratus.

Menurutnya, seramai 13 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan kira-kira jam 11.35 pagi bagi melakukan operasi menyelamat.

Iklan

"Melalui maklumat yang diterima, mangsa sebelum itu melakukan kerja pembancuhan dan terdapat 'jig' pada mesin terbabit yang tersangkut dalam takungan sebelum dia cuba membetulkan kepada kedudukan asal.

"Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan oleh rakannya yang menyedari kejadian itu dan dibawa keluar sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan yang tiba," katanya di sini hari ini.

Iklan

Zulkhairani berkata, operasi tamat kira-kira jam 12.30 tengah hari.