KUALA LUMPUR - Bank Muamalat Malaysia Bhd akan menurunkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) sebanyak 25 mata asas, masing-masing kepada 2.56 peratus dan 5.56 peratus berkuat kuasa 13 Julai ini.
Ini akan memberi kesan kepada semua pakej pembiayaan kadar terapung yang disandarkan kepada BR dan BFR selain kadar deposit akaun-i jangka tetap berikutan semakan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata kumpulan perbankan Islam itu dalam kenyataan hari ini.