Hukuman penjara, sebatan tentera rogol isteri rakan kekal

Iklan
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan dihadapi seorang anggota tentera yang disabitkan kesalahan merogol isteri rakannya semasa bermalam di rumah pasangan itu empat tahun lepas. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan dihadapi seorang anggota tentera yang disabitkan kesalahan merogol isteri rakannya semasa bermalam di rumah pasangan itu empat tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan terakhir Koperal Mohd Zulkarnain Abdul Razak selepas mendapati rayuannya tidak mempunyai merit.

Iklan
Iklan

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan P Ravinthran dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Sesyen Ampang dan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Sesyen Ampang pada 2017 mendapati Mohd Zulkarnain bersalah terhadap pertuduhan merogol wanita itu ketika itu berusia 25 tahun di dalam bilik tidur apartmentnya di Ampang, Selangor pada jam 3.30 pagi, 12 Julai 2016.

Iklan

Mohd Zulkarnain, 40, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen itu.

Mohd Zulkarnain gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mahkamah itu pada 13 Februari tahun lepas menolak rayuannya mendorongnya mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Iklan

Menurut fakta kes, mangsa sedang tidur dengan anaknya apabila Mohd Zulkarnain masuk ke dalam bilik dan merogolnya dalam keadaan gelap. Suami mangsa tiada di rumah ketika itu.

Mohd Zulkarnain dalam pembelaannya tidak menafikan yang dia bermalam di rumah mangsa tetapi menafikan dia merogol wanita itu.

Peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin mewakili Mohd Zulkarnain manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim mewakili pihak pendakwaan. - Bernama