TAWAU - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 23,970 karton rokok haram pelbagai jenama bernilai RM3,390,204 di Jalan Sri Aman, Batu 3 di sini semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion ke-14 PGA Superintendan Mohd Yacob Murad berkata, rampasan itu dibuat dalam operasi pada pukul 4.30 pagi di satu premis industri iaitu lokasi rokok itu disembunyikan.