Budak maut digilis lori mengundur

Iklan
Lori dipandu lelaki terbabit yang menggilis seorang kanak-kanak lelaki berusia dua di Pasir Mas pagi tadi. Foto: IHSAN PEMBACA

PASIR MAS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut digilis lori milik bapa saudaranya dalam kejadian di Kampung Aur China, Slow Machang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku apabila bapa saudara kanak-kanak berkenaan yang berusia 30-an sedang mengundurkan kenderaan tersebut.

Iklan
Iklan

"Ketika sedang mengundurkan lori dipandunya, bapa saudara kanak-kanak itu menyedari satu objek telah tersangkut pada kenderaannya itu.

"Lelaki berkenaan terus turun dari lori dan terkejut apabila mendapati anak saudaranya telah tersangkut pada bahagian kiri tayar kenderaan itu," katanya di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, lelaki itu terus membawa anak saudaranya itu ke Hospital Pasir Mas (HPM) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, anak saudaranya itu disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di unit kecemasan HPM," katanya.

Iklan

Nik Aminuddin berkata, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.