Operasi komersial penapisan PRefChem dijangka mula Q4 2019
Iklan
PRefChem - Foto Bernama
PENGERANG Refining and Petrochemical (PRefChem) menjangkakan operasi komersial kemudahan penapisannya akan bermula menjelang suku keempat (Q4) tahun ini berikutan permulaan Unit Penyulingan Minyak Mentah di kompleks tersebut, hari ini.
Dalam satu kenyataan, PRefChem berkata, kemudahan penapis itu akan menyediakan keperluan bagi kompleks bersepadu petrokimia yang memiliki kapasiti pengeluaran sebanyak 3.3 juta tan setahun.
Iklan
Iklan
Apabila siap kelak, kapasiti penapisan PRefChem itu akan mencecah kira-kira 300,000 tong minyak mentah sehari selain menghasilkan produk petroleum bertapis termasuk minyak tanah dan diesel yang menepati spesifikasi bahan api Euro 5.
"Sejak awal lagi, projek ini merupakan usaha yang tidak pernah dilakukan bagi industri ini dari segi skala, kesukaran serta teknologi berkaitan.
Iklan
"Kita menetapkan untuk mencapai usaha ini daripada peringkat awal lagi sehingga tempoh 60 bulan dan hari ini, penapisan ini telah siap dari segi mekanikal dan dalam pengoperasian," kata Ketua Pegawai Eksekutif PRefChem, Dr Colin Wong Hee Huing dalam kenyataan itu.
Beliau berkata, ini turut menjadi detik permulaan bagi kemudahan lain yang berkaitan dalam pembangunan bersepadu tersebut. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>