Pejabat Pas Taiping terbakar
Iklan
Pejabat Pas Kawasan Taiping musnah dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi. - Foto Pas Perak.
TAIPING - Pejabat Pas Kawasan Taiping musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Medan Kamunting 2, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 5 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan mahupun kemalangan jiwa.
Iklan
Iklan
Yang Dipertua Pas Kawasan Taiping, Saidin Md Hasnam berkata, ketika dia hadir ke pejabat pada jam 5.30 pagi itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kamunting sedang memadamkan kebakaran.
Menurutnya, kebanyakan barang-barang yang musnah adalah dokumen-dokumen penting termasuk sejarah penubuhan Pas Kawasan Taiping.
Iklan
"Setakat ini kita tak tahu punca sebenar kebakaran cuma rasa terkilan sebab tak sempat nak selamatkan apa-apa dokumen penting di dalam pejabat itu. Kita dah menyewa di pejabat ini sejak lapan tahun lalu. Pelbagai program penting kita dah adakan di sini.
"Mungkin ini salah satu ujian kepada Pas Kawasan Taiping. Apa pun kami reda dan kita yakin ada hikmah di sebalik ujian ini. Buat sementara ini kita memindahkan operasi pejabat Pas Kawasan Taiping di sebuah bangunan pejabat di Taman Desa Jana," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Iklan
Saidin berkata, sebelum ini pejabat tersebut pernah dipecah masuk dan berlaku kecurian namun kejadian kebakaran itu pertama kali berlaku.
Dalam pada itu, jurucakap JBPM Perak berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting menerima panggilan mengenai kejadian tersebut jam 5.22 pagi membabitkan bangunan rumah kedai.
Katanya, bangunan pejabat tersebut musnah 60 peratus dan tidak melibatkan sebarang mangsa.
Bantuan turut diberikan oleh BBP Taiping dalam usaha memadam kebakaran menggunakan dua aliran hos air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2 Abdul Shukor Abd Hashim tamat jam 7.26 pagi selepas kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Ketika kanak-kanak lain bersedia menyambut Ramadan yang akan bermula pada Khamis, kira-kira 20 anak yatim dan asnaf di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak berdepan dugaan besar apabila pusat jagaan itu dilanda banjir pada Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Warden pusat jagaan berkenaan, Azad Ashraf Mohd Said berkata, ketika kejadian semua penghuni berada di dalam kawasan asrama apabila hujan lebat berterusan menyebabkan air naik mendadak dalam tempoh kira-kira 15 minit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768602/edisi/perak/dugaan-menjelang-ramadan-20-anak-yatim-terjejas-banjir
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.