Bomba selamatkan warga emas terperangkap dalam rumah
Iklan
Anggota bomba menyelamatkan seorang warga emas yang terperangkap dalam rumah selepas terjatuh di Taman Pelangi, Johor Bahru, malam tadi.
JOHOR BAHRU - Seorang warga emas yang tinggal seorang diri terperangkap dalam rumahnya selepas terjatuh dan tidak dapat bergerak di Taman Pelangi di sini malam tadi.
Dalam kejadian 8.46 malam, mangsa, Koh Yeok Bin, 74, sebelum itu dihubungi adiknya sejak jam 4 petang semalam tetapi tidak menjawab panggilan dan terus ke rumah mangsa dan mendapati pintu terkunci.
Iklan
Iklan
Yeok Bin mendapati abangnya terbaring dan tidak dapat bergerak sebelum menghubungi pihak bomba.
Komander Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazran Omar berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terjatuh dari tangga rumah dan mengalami kecederaan di bahagian belakang dan pinggang.
Iklan
"Mangsa tidak boleh duduk serta bangun. Anggota bomba bertindak memotong pintu besi dan memecahkan pintu untuk masuk ke dalam rumah.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Beliau berkata, operasi menyelamat tersebut ditamatkan pada jam 9.14 malam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sisa binaan Singapura cemari sungai: Nak dapat RM20 pun susah - Nelayan"><meta itemprop="description" content="Pendapatan nelayan di Kampung Simpang Kiri, Mukim Sungai Karang di Pontian semakin terjejas apabila hasil udang di sungai berkenaan merosot susulan pencemaran dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa binaan Singapura.
Keadaan itu didakwa semakin ketara ketika musim hujan apabila air sungai bertukar hitam, berbau busuk dan alirannya menjadi semakin tersekat akibat sungai yang semakin cetek dan sempit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793172/edisi/johor/sisa-binaan-singapura-cemari-sungai-nak-dapat-rm20-pun-susah---nelayan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sisabinaan #singapura #Sungaitercemar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-23T09:02:50.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xazxym6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xazxym6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xazxym6"></script>