Beri ruang generasi muda corak masa depan Malaysia
Iklan
Tangkap layar Facebook Mohamad Hasan sebentar tadi. (Mohamad Hasan)
SHAH ALAM - Golongan muda perlu diberi ruang menjadi pemain penting dalam pembangunan, politik serta ekonomi di Malaysia.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, generasi lama pula perlu memberi kerjasama membantu golongan muda itu bagi mencorakkan masa depan negara.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, cara lama yang diamalkan di negara ini tidak lagi relevan, bahkan sudah tiba masa Malaysia terus ke hadapan dengan membuka seluas-luasnya peluang kepada generasi pelapis pula.
"Tidak kira sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta, bidang ekonomi mahupun politik, peredaran masa harus disertai dengan idea termaju dan perubahan cara kerja.
Iklan
"Persada politik umpamanya, memerlukan golongan muda sebagai pencetus pembaharuan yang nyata. Kita mesti berhenti memandang golongan belia hanya sebagai pengganti kepada generasi lama.
"Mereka seharusnya menjadi pemain penting di persada politik negara di waktu muda mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau sebentar tadi.
Iklan
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, jika negara maju bersedia mempunyai Perdana Menteri dan Presiden berumur 35 tahun, Malaysia tidak seharusnya menafikan potensi pemimpin pelapis.
"Bukan tugas kita untuk menunda peranan mereka dalam politik dan kepimpinan parti dan negara. Ekonomi Malaysia juga tidak boleh sentiasa selesa dan berpuas hati dengan struktur lamanya,” katanya.
Mohamad berkata, beliau melihat fasa ekonomi masa depan seharusnya berorientasikan global dengan dipacu teknologi termaju.
"Malah, di peringkat global, sudah terbukti revolusi ekonomi dengan teknologi seperti Airbnb, Grab, Gojek dan OYO telah menggegarkan dunia hasil cetusan idea generasi muda," katanya.
Beliau berpendapat, kerajaan perlu memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk mengetengahkan generasi muda.
"Tanpa ekosistem yang sesuai dan mendukung, idea terbaik daripada generasi muda akan dibazirkan hanya kerana kerajaan gagal untuk beranjak dan berubah sesuai zaman dan masa,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.