[VIDEO] Bila Maryam 'kecek Klate'

Iklan
Paparan Facebook Nik Muhammad Ryzal.

SHAH ALAM - Keletah pasangan suami isteri, Nik Muhammad Ryzal dan isterinya dari Korea, Maryam You Narae terus menjadi perhatian umum.

Masing-masing yang berusia 28 tahun semakin popular di media sosial berikutan aksi bersahaja dan lucu Maryam setiap kali mempelajari dan menyebut Bahasa Melayu.

Iklan
Iklan

Perkongsian terbaru di Facebook Muhammad Ryzal menunjukkan isterinya bertutur dalam loghat Kelantan.

"Maryam belajar cakap Kelantan! Terkejut dia part 'natea apo' tu faham pula dia," tulisnya.

Iklan

Jika sebelum ini, Maryam terkenal dengan ayat 'lapar nak mampus', video kali berdurasi 4 minit 12 saat itu memaparkan wanita itu 'kecek Klate'.

Maryam pelajari loghat Kelantan.

Meraih lebih 31,000 tontonan sejak dimuat naik semalam, Maryam disifatkan seorang yang lucu mampu menghiburkan penonton.

Iklan

Rakaman itu berkisahkan Maryam cuba bertutur loghat Kelantan yang dipelajarinya menerusi video YouTube yang ditonton di telefon pintar.

Antara perkataannya, mano ter (kamu hendak ke mana) dan nate apo (saya tidak faham apa yang kamu cakap).

Keletah dan kelucuan ketika Maryam menyebut semula perkataan loghat tersebut mencuit hati netizen.

Kata Magnolia Flower,"Punya la panjang ayat... Dapat ke Kelantan..."

Watie berkata,"Adoi gelak nak habiskan tengok video Mariam ni..."

Pasangan cinta dua negara ini telah mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos tahun lalu di Masjid Itaewon, Seoul Korea.