UMNO, Pas enggan berpaling ke belakang

Iklan
Facebook Asyraf Wajdi Dusuki.

SHAH ALAM - UMNO dan Pas enggan berpaling ke belakang dengan memikirkan perselisihan lampau, sebaliknya bertekad bersama-sama menyokong perpaduan ummah menerusi kerjasama Muafakat Nasional.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kepimpinan sehingga akar umbi sudah bertekad untuk tidak kembali ke era lampau yang menyaksikan perbalahan yang berlangsung puluhan tahun lamanya.

Iklan
Iklan

"Dalam ceramah Muafakat Nasional malam tadi, kami sepakat termasuk Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa gagasan penyatuan ummah iaitu kerjasama UMNO dan Pas yang dijelmakan melalui Muafakat Nasional akan terus dipertahankan dan diperkasakan,” katanya menerusi catatan di Facebooknya, hari ini.

Sementara itu, Mohamad dalam catatan di Facebooknya pula mengharapkan Muafakat Nasional menjadi bertambah kukuh bagi menghadapi pelbagai cabaran khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

"Semoga Muafakat Nasional bertambah kuat menghadapi apa jua cabaran terutama PRU15,” catat Mohamad selepas berakhirnya ceramah Muafakat Nasional di Tapak Pasar Tani Fama, Pusat Bandar Dara di Chini, malam tadi.