FBI tahan teman wanita Jeffrey Epstein

Iklan
Kelibat Maxwell (kanan) turut kelihatan ketika lensa kamera merakam Virginia Giuffre dan Putera Andrew dalam satu majlis di London pada 2001. Foto: Agensi

CONCORD - Biro Penyiasatan Pusat (FBI) menahan bekas teman wanita jutawan Amerika Syarikat (AS), Jeffrey Epstein di New Hampshire hari ini.

Lapor NBC News memetik sumber tidak dinamakan menyebut, Ghislaine Maxwell yang didakwa bertindak sebagai orang tengah bagi memujuk gadis bawah umur melakukan hubungan seks dengan Epstein bakal dihadapkan ke mahkamah persekutuan dalam waktu terdekat.

Iklan
Iklan

Tiada maklumat lanjut berhubung pendakwaan terhadap Maxwell, namun sumber berkata, pendakwaan itu difailkan oleh Peguam Daerah Manhattan.

Kelibat Maxwell tidak kelihatan sejak Epstein ditahan pada Jun tahun lalu atas tuduhan jenayah perdagangan seks gadis bawah umur.

Iklan

Epstein yang sering dikaitkan dengan individu ternama seperti Putera Andrew dan Presiden Donald Trump mati membunuh diri di Pusat Pemulihan Metropolitan di New York pada Ogos tahun lalu.

Sebelum ini, seorang mangsa Epstein iaitu Virginia Giuffre mengaku menjadi mengadakan hubungan seks dengan Putera Andrew ketika dia berusia 17 tahun.

Iklan

Andrew, 59, pewaris kelapan takhta Diraja England bagaimana pun menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Putera ketiga Ratu Elizabeth II itu pernah menerima kedatangan jutawan pedofilia itu di Istana Windsor dan kekal bersahabat bersama lelaki terbabit, - Agensi