Abdul Hadi pilu terkenang pengorbanan Ahmad Subky
Iklan
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunaikan solat jenazah ke atas bekas Pengerusi Veteran Pas yang juga pengasas akhbar Harakah, Allahyarham Ahmad Subky Abdul Latif di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Taman Selasih, Batu Caves dekat sini hari ini.
Abdul Hadi memuat naik gambarnya bersama enam yang lain menunaikan solat jenazah di Facebook rasminya petang tadi.