Covid-19: Malaysia catat sejarah, hanya satu kes baharu
Iklan
PUTRAJAYA - Tiada kes yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara iaitu penularan tempatan, sama ada dalam kalangan warganegara Malaysia mahupun bukan warganegara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu buat pertama kalinya, Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 yang terendah pada hari ini iaitu dengan hanya satu kes baharu sepanjang gelombang kedua pandemik itu dengan jumlah keseluruhan 8,640 kes.