Covid-19: Kes jangkitan cecah 10 juta, lebih 500,000 maut

Iklan
Amerika Syarikat merekodkan lebih 2.5 juta kes jangkitan dengan lebih 125,000 kes kematian.

Angka jangkitan Covid-19 kini mencecah angka 10 juta di seluruh dunia, dengan angka kematian melepasi 500,000.

Menurut data daripada Johns Hopkins University, sejumlah 10,057,300 kes jangkitan baharu dikesan setakat pagi Isnin.

Iklan
Iklan

Data rasmi itu menyaksikan separuh kes dilaporkan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat merekodkan lebih 2.5 juta kes jangkitan dengan lebih 125,000 kes kematian.

Iklan
Kes baharu dilaporkan meningkat pada kadar satu ke dua peratus sehari sejak minggu lalu.

Sebahagian besar negara kini menjalankan saringan ke atas pesakit yang menunjukkan simptom atau kes kritikal.

Kes jangkitan pertama COVID-19 dilaporkan di Wuhan, China pada 10 Januari.

Iklan