'Keadaan kelam-kabut, pesakit selamatkan diri'
Iklan
Pesakit dipindahkan ke wad sementara selepas Wad Perubatan Perempuan 1 di HSA, Johor Bahru terbakar petang tadi.
JOHOR BAHRU - Seorang saksi kejadian kebakaran di Wad Perubatan Perempuan 1 Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini memaklumkan melihat asap dan terdengar jeritan sebelum melihat pesakit menyelamatkan diri.
Syafaat Ismail, 28, berkata, ketika kejadian dia sedang menunggu isterinya di luar wad itu sebelum terlihat asap dari bahagian dalam penghujung wad berkenaan.
Iklan
Iklan
"Wad itu kemudiannya menjadi gelap kerana tiba-tiba terputus bekalan elektrik dan keadaan menjadi sedikit kelam-kabut namun masih terkawal," katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan wad tersebut.
Dalam kejadian pada jam 3.08 petang tadi, wad berkenaan terbakar namun semua 24 pesakit yang berada dalam bangunan itu berjaya diselamatkan.
Iklan
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku kerana semuanya sempat dipindahkan ke wad sementara sebelum dipindahkan ke wad berhampiran dan Hospital Permai.
Kebakaran tersebut pada mulanya berjaya dipadamkan polis bantuan HSA tetapi selepas itu merebak semula sebelum pihak bomba memadamkan kebakaran keseluruhannya.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Wad perubatan HSA terbakar, 24 pesakit selamat
Syafaat berkata, pihak HSA bertindak pantas menyelamatkan semua pesakit yang dilihat mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk memindahkan mereka.
Sementara itu, seorang polis bantuan yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli berkata, kira-kira 20 anggota polis bantuan dapat memadam kebakaran sebelum api marak semula.
Menurut Ramli, pihaknya bertungkus-lumus memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam kebakaran tetapi tidak berjaya.
"Kebakaran dipercayai berpunca dari sebuah mesin dalam wad tersebut sebelum berlaku litar pintas," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>