Zakaria Edris, Pengerusi PNS baharu

Iklan
Datuk Zakaria Mohd Edris

KUALA LUMPUR - Perbadanan Nasional Bhd (PNS) melantik Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris sebagai Pengerusi baharunya berkuatkuasa 15 Mei 2020.

PNS dalam kenyataan semalam berkata, Zakaria menggantikan Datuk Dzulkifli Fadzilah.

Iklan
Iklan

Zakaria memegang Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (EMBA) dalam Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti St Clement, United Kingdom.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Ahli Majlis Perbandaran Sandakan dan Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah. - Bernama

Iklan
Iklan