Sumbang mahram: Bapa dijel 28 tahun

Iklan
x-default

SINGAPURA - Seorang bapa di Singapura tergamak menodai anak perempuannya sejak mangsa berusia 13 tahun atas alasan gadis terbabit menyerupai isterinya yang sudah meninggal dunia.

Susulan itu, mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun ke atas lelaki berusia 63 tahun tersebut selepas disabit bersalah melakukan perbuatan sumbang mahram.

Iklan
Iklan

Dia turut mengaku bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan pemerkosaan dan tidak dikenakan hukuman sebat kerana usianya sudah melebihi 50 tahun.

Difahamkan, nama kesemua mereka tidak didedahkan untuk melindungi identiti mangsa.

Iklan

Mahkamah mendapati tertuduh mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama isterinya yang meninggal dunia pada 2010.

Mangsa merupakan anak ketiga tertuduh dan mula mendapat lebih perhatian selepas kematian isterinya.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Sheldon Lim dan Lee Zu Zhao berkata, dia sering memberitahu mangsa kononnya gadis tersebut menyerupai ibunya dan lama kelamaan lelaki itu mula tertarik kepada anak perempuannya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu bermula apabila mangsa terpaksa akur kerana diugut tidak akan dibenarkan ke sekolah selepas bapanya mengetahui hubungan dengan rakan lelakinya pada awal 2012.

Kejadian itu berlarutan selama enam tahun sebelum disedari seorang lagi anak perempuannya pada Mac 2018.

Mangsa kemudiannya mendedahkan perbuatan bapanya sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa yang membawa kepada penahanan tertuduh. - Agensi