KUALA LUMPUR - Penyelarasan usaha dalam membangunkan anak muda melalui pembangunan bakat sukan dan kepimpinan merupakan antara aspek penting yang dibincangkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi perkongsian dalam Facebook rasminya hari ini memaklumkan KBS dan KPM sedang melihat inisiatif berterusan agar bakat anak muda diasah sedari awal dengan nilai kepimpinan, perpaduan, kerjasama serta disulam dengan nilai cintakan negara.