Tun M akui gagal hubungi GPS

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. - Foto Sumber Internet

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut laporan Sinchew Daily, Dr Mahathir berkata, selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibentuk oleh Muhyiddin, beliau tidak pernah berjumpa dan gagal menghubungi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Iklan
Iklan

"Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau malah tidak boleh menelefon beliau," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, pemimpin Sarawak itu pernah bertemu dengannya sebelum 'Pertemuan Sheraton'.

Iklan

Menurutnya, beliau tidak tahu pendirian GPS itu berubah dan seterusnya mengalihkan sokongan kepada Muhyiddin.

"Waktu itu mereka menyatakan sokongan 100 peratus kepada saya tetapi, apabila sampai masa tandatangan, mereka tidak menyokong saya,” katanya.

Iklan

Ketika ditanya lagi adakah GPS akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa dia disokong GPS, namun dia melihat parti itu menyokong Muhyiddin.