SPRM tahan bekas CEO yayasan
Iklan
KUALA LUMPUR - Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah yayasan bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa ketika menganjurkan satu program kayuhan pada 2016.
Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia lingkungan 60-an yang juga bergelar 'Profesor' itu ditahan pada jam 10.30 pagi tadi di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya hari ini ketika hadir memberikan keterangan.