Polis tahan pemandu kontena lawan arus

Iklan
Polis menahan sebuah lori kontena yang dipandu secara melawan arus di Jalan Pelabuhan Barat, Klang, kelmarin.

KLANG - Seorang pemandu lori kontena ditahan polis kerana memandu melawan arus dalam kejadian di Jalan Pelabuhan Barat, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.44 petang.

Iklan
Iklan

"Susulan maklumat yang kita terima, sepasukan anggota risikan dan operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan lelaki berusia 46 tahun di sebuah syarikat di Pelabuhan Barat, Klang untuk membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 12 saat memaparkan sebuah kontena dipandu melawan arus dan hampir melanggar sebuah kenderaan lain yang melalui laluan terbabit.

Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mangsa mendakwa dia tersalah lorong ketika keluar dari Pelabuhan Barat, Klang.

Katanya, selain itu, ujian air kencing yang dijalankan juga mengesahkan pemandu terbabit negatif dadah.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.