Kembar tiga baru lahir positif Covid-19
Iklan
MEXICO CITY - Kes koronavirus (Covid-19) di Mexico meningkat dengan penambahan mangsa jangkitan paling muda selepas bayi kembar tiga yang baru dilahirkan didapati positif wabak berkenaan, lapor pihak berkuasa kesihatan tempatan hari ini.
Setiausaha Kesihatan San Luis Potosi, Monica Rangel berkata, kembar tiga yang lahir pada 8 Mei itu dilahirkan oleh seorang wanita yang juga positif Covid-19 tetapi asimptomatik.