Keperluan solat Jumaat dua sesi dibincang esok

Iklan
Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan esok bagi memperincikan keperluan solat Jumaat dua sesi di negara ini.

Menterinya, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hasil keputusan mesyuarat tersebut akan diangkat kepada Majlis Raja-Raja atau pihak berkuasa negeri untuk diputuskan dengan cara terbaik.

Iklan
Iklan

"Esok kita akan adakan mesyuarat perundingan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ini adalah cara terbaik," katanya selepas melancarkan Majlis Pelancaran Tabung Wakaf Tunai Pusat Hemodialisis MAIWP- PICCOMS di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung keperluan untuk membenarkan solat Jumaat dilakukan sebanyak dua sesi di negara ini.

Iklan

Semalam, Menteri Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan perkara itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memperincikan keperluan tersebut.

Setakat ini kerajaan hanya membenarkan satu pertiga daripada kapasiti jemaah yang mampu ditampung sesebuah masjid dibenarkan untuk solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Iklan

Terdahulu negara jiran, Singapura memutuskan untuk membenarkan solat Jumaat mulai 26 Jun ini didirikan dua sesi bagi membolehkan lebih ramai umat Islam berpeluang mendirikan ibadat fardu ain itu.