614 mangsa banjir berada di 10 PPS di Johor
Iklan
Banjir kilat melanda beberapa daerah di Johor sejak Sabtu lepas apabila beberapa kawasan rendah dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi kadar biasa ditambah fenomena air pasang. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat sedikit pagi ini dengan seramai 614 orang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 607 orang pada malam tadi.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, setakat jam 8 pagi ini, kesemua mereka yang melibatkan 156 keluarga di Muar, Batu Pahat dan Pontian itu berada di 10 PPS.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, berlaku sedikit pertambahan mangsa yang dipindahkan ke PPS di Muar dan Batu Pahat malam tadi manakala di Pontian tidak berubah.
"Setakat pagi ini, seramai 229 orang daripada 64 keluarga berada di empat PPS di Muar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi, SK Orang Kaya Ali, SK Batu 18 dan SK Parit Bulat manakala 183 orang daripada 39 keluarga berada di tiga PPS di Batu Pahat iaitu SK Peserai, Sekolah Agama 3 Serangkai dan SK 3 Serangkai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Iklan
Vidyananthan berkata, di Pontian, seramai 202 orang daripada 53 keluarga berada di tiga PPS iaitu SK Seri Bukit Panjang, SK Seri Bunian serta SK Kampung Melayu Raya.
Banjir di beberapa daerah di negeri ini berlaku sejak Sabtu lepas apabila beberapa kawasan rendah dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi kadar biasa ditambah fenomena air pasang.
Iklan
Sementara itu, hujan lebat berterusan dapat dilihat di beberapa daerah sejak jam 6 pagi tadi. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>