Lencongan laluan di JSAHMS untuk kerja penyelenggaraan
Iklan
BAYAN LEPAS - Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) atau Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup melibatkan laluan di Kilometer (KM) 16.0 hingga KM18.0 di kedua-dua arah selama dua hari.
Melalui satu kenyataan media, kedua-dua laluan itu akan ditutup pada 23 dan 24 Jun bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.