Kembalikan kuasa Raja Melayu, tarik balik Pindaan 1993
Iklan
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Negara yang bersara, Senator Tan Sri SA Vigneswaran menyeru kepada kerajaan supaya menarik balik pindaan kontroversial 1993 yang disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, pindaan tersebut dibuat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja dan telah mengurangkan kuasa Raja Melayu maka kedaulatan Institusi Diraja harus dikembalikan.